Tarikh : 25hb. NOV 2009
Semua Pengurus Besar
Pertubuhan Peladang Kawasan dan Negeri.
Tuan/Puan Pelanggan Yang Di hormati Sekalian,
PER: PROMOSI ZULHIJJAH 3- PENGHANTARAN BERJADUAL PERCUMA MUSIM KE DUA : DOKUMEN, PRINTER & SEMUA PRODUK PHT KE SELURUH PPK SEMENANJUNG BERMULA JAN - FEB 2010
Merujuk kepada perkara di atas dan permintaan ramai serta lanjutan sambutan yang amat menggalakkan semasa promosi harga runtuh PHT , daripada semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk melanggan dokumen, printer dan produk-produk Peladang Heitech Sdn. Bhd. (PHT), kami dengan berbesar hati ingin sekali lagi menawarkan Promosi Zulhijjah 3 - Penghantaran Berjadual Percuma Musim Kedua Produk-Produk PHT ke seluruh PPK di Malaysia.
2. Bermula sejak promosi yang telah kami lancarkan pada Bulan Rejab tahun ini, telah berlaku peningkatan belian daripada PPK. Semua produk-produk PHT yang dipesan telah pun dihantar seperti jadual ke Utara dan Selatan. Setiap penghantaran menggunakan kenderaan NGV Toyota Unser MPV WLA 3552 yang sarat dengan muatan banrangan yang di pesan oleh PPK. Seperti contoh Riben printer yang di bawa untuk di jual tunai,habis di jual saperti goreng pisang. Yang lebih penting kutipan hutang tertunggak dari pengurusan lama telah dapat kami kutip walaupun tidak mencapai 100%, namun hutang tertunggak telah berjaya di kurangkan dari RM300,000 ke RM 200,000. Bagi hutang tertunggakyang di pertikaikan pihak kami akan mendapatkan kerjasama pengarah LPP Negeri dan pihak Timbang Tara , Bhgn Penyeliaan Organisasi LPP KL.
3. Lanjutan daripada permintaan pengurus dan peningkatan langganan produk-produk PHT, kami sekali lagi ingin menawarkan Promosi Pakej Penghantaran Berjadual PERCUMA Musim Kedua. Tempoh yang kami tetapkan bermula dari 4hb. JAN hingga 5hb. Feb 2010. Ini adalah bertujuan untuk menzahirkan sikap PHT mengutamakan pelanggan. Pihak LPP negeri juga boleh memaklumkan tarikh yang lebih sesuai supaya jadual PHT selaras dengan tarikh Mesyuarat GM yang akan di panggil oleh LPP negeri dalam masa terdekat tahun depan supaya penjimatan pengambilan barangan boleh di buat di LPP Negeri sahaja.
4. Bagi PPK yang lokasi jauh dari jalan utama, kami akan menghantar ke pejabat PPD berdekatan iaitu PPD Teluk Intan,PPD Parit Buntar Perak,PPD Johor Timur,Kota Tinggi, PPD Batu Pahat, PPD Muar/Segamat, Tangkak,Muar dan PPD Pontian, PPD Pahang Tengah, Temerloh, Pejabat LPP Negeri,Unit Selian Akaun PP/ MADA HQ,(Nizam) /KADA HQ, Unit Selian PPK, dan pejabat PPN P Pinang(Puan Mona) untuk transit barangan sementara di ambil oleh staf PPK yang jauh dari jalan utama.
5. Sehubungan ini, kami berharap agar pihak PPK dapat membuat Pesanan Belian untuk semua produk PHT dalam tempoh promosi Harga Runtuh Musim KeDua iaitu bermula dari 15hb. NOV hingga 31hb. Dis 2009. Hanya Pesanan Belian yang diterima dalam tempoh ini layak untuk menikmati Promosi Zulhijjah 3 ini. Pesanan Belian yang diterima lewat dari tempoh ini akan dihantar pada tempoh penghantaran yang seterusnya dan akan di kenakan caj Pos Laju seperti biasa.Pada masa ini Kadar caj POS LAJU POS MALAYSIA IALAH RM7/KILOGRAM. JOM JIMAT TINDAK CEPAT
6. Tarikh untuk penghantaran percuma ini akan di susunatur mengikut negeri dan daerah, kemudian pihak PHT akan memaklumkan kepada PPK yang berkenaan bilakah tarikh yang telah ditetapkan untuk penghantaran (Berdasarkan tempoh penghantaran yang telah ditetapkan). Pembayaran semasa menerima penghantaran, juga boleh dibuat terus secara tunai atau cek kepada pihak PHT melalui persediaan awal pembayaran yang telah dibuat sebelum pihak PHT tiba ke PPK atau PPD. Pembayaran dalam tempoh 21 hari dari tarikh invois akan melayakkan PPK mendapat 10 - 50 buah buku ahli secara percuma.
7. Melalui Promosi Zulhijjah 3 ini, kami berharap agar pihak PPK/PPN akan terus melanggan dan berjimat dengan membuat pesanan belian dalam tempoh jadual penghantaran yang kami aturkan dimasa akan datang. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi Hairil Syahronni (017-6794769) atau Noor Ashikin (012-2970846) serta bolehlah melayari laman web kami www.pheitech.com.my untuk melihat tawaran terkini dan memberi komen dan maklumbalas melalui “Sembang PHT” secara online.
| TEMPOH MASA PENGHANTARAN PERCUMA PPK |
BAHAGIAN |
TEMPOH MASA PESANAN BELIAN DITERIMA |
NEGERI TERLIBAT |
04 JANUARI - 08 JANUARI 2010
|
UTARA |
15 NOV – 31 DIS 2009 |
PERAK, PENANG, KEDAH, PERLIS |
| 18 JANUARI - 22 JANUARI 2010 |
SELATAN |
15 NOV – 31 DIS 2009 |
SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, JOHOR |
| 01 FEBRUARI – 05 FEBRUARI 2010 |
PANTAI TIMUR |
15 NOV – 31 DIS 2009 |
PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN |
Sekian, terima kasih. Selamat Menyambut AidilAdha.
Yang benar,
_____________________________
(HAJI AHMAD PUZI BIN ABU BAKAR)
Ketua Pegawai Eksekutif PHT/PPB
s.k.
– Ketua Pengarah LPP
– Pengarah LPP Negeri
– Pegawai-Pegawai Penyelia Daerah PPD di Perak dan Johor
– Pengurus Besar PPK Inanam, ( Stokis Sabah)
– Pengurus Besar PPK Kangkong (Stokis Kaw. Pantai Timur)
– Pengurus Besar PPK Kubang Sepat (Stokis Kaw KADA)
– Pengurus Besar PPK H2 MADA ( Stokis Kaw. MADA)
– Pengurus Besar PPK Kuching (Stokis Sarawak)